Kisah Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim berbahas dengan Raja Namrud tentang Tuhan
Baqarah
[258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang
yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai
Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika
Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan.
Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)
Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. …Baqarah [258]
Nabi Ibrahim dibakar
Akhirnya
Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api
atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh
rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat
burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga
mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.
Setelah
sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana
sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya
terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan
mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak
mahu beriman dengan tuhan mereka.
Mereka
pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar
dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka
terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu
tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih
terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak
di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api
tersebut.
Al Anbiyaa[69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!
Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud.
Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk
Namrud
mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu
penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud
berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai
malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang
denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya
Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya
menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah
kepada mereka tentera daripada selemah-lemah
makhlukmu iaitu nyamuk.”
Ketika
Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang
yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar
dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi
permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”
Kemudian
Allah SWT memberikan kekuatan kepada
nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut
menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka,
Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan
terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri
kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun
membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke
istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut.
Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama
tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk
ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud
merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk
kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.
Begitu
besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.
Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi
masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang
diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh
Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah
Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai
Allah SWT.